Sistem ini merupakan platform digital yang memudahkan urusan permohonan dan kelulusan pelan pembangunan secara atas talian.
Ianya direka untuk mempercepatkan proses semakan teknikal, meningkatkan ketelusan, dan memudahkan interaksi antara pemohon dan pihak Majlis.
Sistem ini digunakan untuk membantu proses kerja harian Jabatan Kawalan Bangunan terutamanya dalam mengurus proses kelulusan :-
- Pelan Bangunan
- Tambahan & Ubahsuai Bangunan
-
Pelbagai Permit Bangunan
(Permit Kerja-Kerja Kecil-PKK, Permit Sengkuap Perniagaan-PSP, Permit Struktur Papan Iklan-PPI, Permit Struktur Tanjakan-PST, Permit Dinding Sesekat-PDS, Permit Sengkuap Kediaman-PSK, Permit Struktur Sementara-PSS dan Permit Letak Bahan Binaan-PLB)
Objektif Sistem
- Menyokong proses pengurusan di Jabatan Kawalan Bangunan. (Contoh:- pengurusan pelbagai permohonan, pengurusan penguatkuasaan dan pengurusan wang amanah).
- Meningkatkan kecekapan dalam memproses permohonan (kelulusan pelan bangunan, permit, pelan setara, pengeluaran Sijil Layak Menduduki (CFO) dan Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC)).
- Memudahkan pemantauan kerja-kerja pembinaan bagi permohonan yang diluluskan.
- Mewujudkan satu pangkalan data/ rekod laporan yang sistematik dan boleh dicapai dengan mudah dan terkawal.